Sinopsis Drama Satukan Rasa (2019) Astro Ria

Satukan Rasa

Tajuk : Satukan Rasa
Mula Tayangan : 4 November 2019
Masa :Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm
Siaran : Slot Mega Drama Astro RIA
Terbitan : Suhan Movies & Trading
Jumlah Episod: 20

Pelakon:  Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi

SINOPSIS SATUKAN RASA
Mengisahkan Indah, seorang balu dan penyanyi yang pernah popular namun mengambil keputusan untuk menyepi dari bidang seni tanahair berikutan sudah jemu dengan dunia hiburan dan mahu menumpukan perhatian kepada satu-satunya anaknya. Indah meneruskan kehidupannya dengan tenang dan selesa menjalani kehidupannya sebagai pekerja servis party.

Dengan pekerjaan itu, Indah merasa puas setiap kali berjaya menjalankan parti yang dikehendaki oleh pelanggan. Namun Indah akhirnya terpaksa akur untuk memasuki semula dunia hiburan apabila kehadiran penyanyi baru yang viral di media sosial, Jai memerlukan khidmatnya sebagai seorang penyanyi senior dan lebih-lebih lagi mereka akan digandingkan bersama.

Jai mempunyai satu masalah yang dihidapi sejak dari kecil lagi iaitu perasaan gemuruh apabila berdepan dengan penonton. Indah terpaksa memikirkan cara bagi membantu Jai untuk menghilangkan rasa gemuruhnya di pentas.
Sinopsis Drama Satukan Rasa (2019) Astro Ria Sinopsis Drama Satukan Rasa (2019) Astro Ria Reviewed by InfoMediaMaya on 23:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.