Sinopsis Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku (2019) TV3

Masihkah Ada Raya Buatku

Tajuk : Masihkah Ada Raya Buatku
Tarikh : 1 Jun 2019
Masa: Sabtu, 10.00 Malam
Siaran : Cerekarama TV3
Terbitan : Kl Motion Picture Sdn Bhd

Pelakon: Fizz Fairuz, Nad Zainal, Qaseh Shuhada, Hadi Putra

SINOPSIS MASIHKAH ADA RAYA BUATKU
Zul tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Linda mengidap strok dan lumpuh separuh badan. Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya. Sesekali Linda teringin untuk berpuasa seperti dulu, tetapi Zul tidak mengizinkan kerana risau menjejaskan kesihatan Linda. Sehinggakan Zul adakalanya mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak. Namun, anak-anaknya yang masih kecil tidak memahami penderitaan yang dialami Zul dan mereka cuba mengembalikan kemeriahan raya walaupun dilarang tegas oleh ayah mereka.
Sinopsis Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku (2019) TV3 Sinopsis Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku (2019) TV3 Reviewed by InfoMediaMaya on 17:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.