Sinopsis Telemovie Sinar Ramadan Untuk Amanda (2019) TV3

Sinopsis Telemovie Sinar Ramadan Untuk Amanda (2019) TV3

Tajuk : Sinar Ramadan Untuk Amanda
Tarikh : 19 Mei 2019
Masa: Ahad, 10.00 Malam
Siaran : Slot Cereka Ahad (TV3)
Terbitan : Luqsar Kreatif Sdn Bhd

Pelakon:  Awal Ashaari, Nina Iskandar, Naura Arissa, Khatijah Tan, Faezah Elai, Rahim Jailani

SINOPSIS SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA
Mengisahkan Sofea dan Idham yang berkahwin hampir tiga tahun, tetapi belum mempunyai anak. Ibu Idham, Datin Suraya mula membenci Sofea.

Tiba-tiba rezeki datang apabila Sofea disahkan hamil. Datin Suraya mula menerima kembali Sofea. Sofea disahkan hamil anak kembar. Perkara ini menggembirakan lagi Datin Suraya. Ketika kandungan Sofea lapan bulan, Idham terpaksa ke luar negara selama dua minggu kerana urusan kerja.

Tanpa diduga, ketika itu juga Sofea bersalin. Malang menimpa apabila seorang bayinya meninggal. Seorang lagi selamat tetapi disahkan mempunyai penyakit 'sindrom down'. Datin Suraya tidak dapat menerima kehadiran cucunya yang diberi nama, Amanda.

Sofea telah dihalau ibu mertuanya dimana ketika itu suaminya, Idham terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan hilang ingatan. Sofea telah membesarkan Amanda seorang diri dengan pelbagai dugaan menimpa apabila suaminya telah berkahwin lain kerana Idham tidak mengingati bahawa dirinya pernah berkahwin.
Sinopsis Telemovie Sinar Ramadan Untuk Amanda (2019) TV3 Sinopsis Telemovie Sinar Ramadan Untuk Amanda (2019) TV3 Reviewed by InfoMediaMaya on 21:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.