Sinopsis Drama Pia (2019) TV3

Pia

Tajuk : Pia
Mula Tayangan : 3 Mei 2019
Masa : Setiap Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Siaran : Slot Lestary TV3
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 15

Pelakon: Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani

LAGU TEMA
Naim Daniel - Sumpah

SINOPSIS DRAMA PIA 
Mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua-dua ibu bapanya dibunuh mati, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya.

Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah  pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi.
Sinopsis Drama Pia (2019) TV3 Sinopsis Drama Pia (2019) TV3 Reviewed by InfoMediaMaya on 13:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.