Sinopsis Drama Leftenan Zana

Leftenan Zana

Tajuk : Leftenan Zana
Mula Tayangan : 8 Februari 2019
Masa : Setiap Rabu-Jumaat, 9.00 malam
Siaran : Slot Lestary TV3
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon: Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Sofea Shaheera

SINOPSIS LEFTENAN ZANA
Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?

Sinopsis Drama Leftenan Zana Sinopsis Drama Leftenan Zana Reviewed by InfoMedia Maya on 22:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.