Sinopsis Drama Jodoh-Jodoh Annisa

Jodoh-Jodoh Annisa

Tajuk : Jodoh-Jodoh Annisa
Mula Tayangan : 19 Februari 2019
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 6.00 petang
Siaran : Astro Prima 105 & Prima HD 121
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 100

Pelakon: Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Shah Rezza, Azhar Amir, Ekin Kamarudin, Zalfa Zin

SINOPSIS JODOH-JODOH ANNISA
Berkisahkan kehidupan Annisa yang terpaksa memilih antara lima jejaka, sementara dia bersaing dalam industri yang didominasi lelaki.

Episod 1
Majlis pernikahan Annisa bermula. Rykarl dan orang-orang kuat Dato Azhar semua berteka-teki tentang siapakah yang akan menjadi CEO baru F3. Annisa tidak mengerti kenapa dia perlu bernikah.

Episod 2
Dato Azhar dirawat di wad kecemasan dan mungkin perlukan pembedahan. Karl tidak mahu Annisa berada di hospital kerana dia penyebab Azhar sakit. Annisa buntu dan rasa bersalah.

Episod 3
Annisa dihalau daripada hospital atas arahan Rykarl. Dr Ishak berjanji akan menolong Annisa. Annisa terpaksa menumpang rumah Sheila buat sementara waktu. Annisa tidak dibenarkan pulang ke rumah.


Episod 4
Annisa dituduh mencuri dokumen F3 oleh Polis atas aduan Farid. Karl beritahu Lembaga Pengarah, Annisa sudah pun ditahan polis kerana mencuri dokumen F3. Karl usul semua saham Annisa digugurkan.
Sinopsis Drama Jodoh-Jodoh Annisa Sinopsis Drama Jodoh-Jodoh Annisa Reviewed by InfoMedia Maya on 20:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.