Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi

Setelah Cinta Itu Pergi

Tajuk : Setelah Cinta Itu Pergi
Mula Tayangan : 17 Januari 2019
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00pm
Siaran : Slot Samarinda TV3
Terbitan : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon: Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan, Mardiana Alwi

LAGU TEMA / OST 
Simpan Sedikit Rindu - Joe & Asmidar
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI
Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?
Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi Reviewed by InfoMedia Maya on 00:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.