Sinopsis Drama Dia Menantu Rahsia

Dia Menantu Rahsia

Tajuk : Dia Menantu Rahsia
Mula Tayangan : 29 Januari 2019
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 6.58pm
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28

Pelakon: Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Raja Hakim, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Nizam Kama, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Zulhamizam, Wilma Muhammad, Ainaa Azhari, Aida Khalida, Pauline Tan

LAGU TEMA / OST 
Hafiz - Kisah Cinta Kita
Ciptaan : Omar K, Ikhwan Fatanna

SINOPSIS DIA MENANTU RAHSIA
Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?
Sinopsis Drama Dia Menantu Rahsia Sinopsis Drama Dia Menantu Rahsia Reviewed by InfoMedia Maya on 14:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.