Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu

Jika Masih Ada Rindu

Tajuk : Jika Masih Ada Rindu
Mula Tayangan : 19 Disember 2018
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00pm
Siaran : Slot Samarinda TV3
Terbitan : FJ Pictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 15

Pelakon: Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff

LAGU TEMA / OST
Afif Tirmizie - Nadi

SINOPSIS JIKA MASIH ADA RINDU
Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?
Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Reviewed by InfoMediaMaya on 23:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.