Sinopsis Drama Seribu Rindu

Seribu Rindu

Tajuk : Seribu Rindu
Mula Tayangan : 12 November 2018
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 7.00pm
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Orangetree Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly

SINOPSIS SERIBU RINDU
Mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim).  Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Cinta Maisarah dan Airel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara.

Sinopsis Drama Seribu Rindu Sinopsis Drama Seribu Rindu Reviewed by InfoMedia Maya on 18:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.