Sinopsis Drama Cik Reen & En. Ngok Ngek

Cik Reen & En. Ngok Ngek

Tajuk : Cik Reen & En. Ngok Ngek
Mula Tayangan : 1 Oktober 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Siaran : Slot Megadrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon : Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali

LAGU TEMA / OST
Satu Peluang - Andi Bernadee

SINOPSIS CIK REEN ENCIK NGOK NGEK
Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut. 

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. 
Sinopsis Drama Cik Reen & En. Ngok Ngek Sinopsis Drama Cik Reen & En. Ngok Ngek Reviewed by InfoMedia Maya on 13:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.