Sinopsis Telemovie Akil & Juan

Akil & Juan

Tajuk : Akil & Juan
Tarikh : 15 September 2018
Masa: Sabtu, 9.00 Malam
Siaran : Slot Cerekarama TV3
Terbitan : Frontrow Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Shukri Yahaya, Zarina Zainuddin. Syazwan Zulkifli, Boniface Uyan, Muhammad Shahidan Abdullah.

SINOPSIS AKU & JUAN
Mengisahkan Juan, anak remaja seorang tuai rumah panjang di Sarawak yang mendambakan kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Dia menolak harapan ayahnya yang mahukan dia menggantikan tempatnya menjadi tuai rumah, dan mahu menjadi askar untuk berjuang untuk negara.

Sempena musim cuti panjang sekolahnya, Juan akan ke Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan abangnya. Setibanya Juan di Kuala Lumpur, dia mula membantu Rahman menjalankan kerja-kerja amal membantu gelandangan dan golongan asnaf. Ketika itu, Juan mengenali Akil, seorang remaja yang sebaya dengannya, tetapi hidupnya susah dan terpaksa berhenti sekolah untuk berkerja demi menyara persekolahan adiknya kerana ibunya sakit.
Sinopsis Telemovie Akil & Juan Sinopsis Telemovie Akil & Juan Reviewed by InfoMedia Maya on 14:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.