Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan

Bahagia Bukan Bidaan

Tajuk : Bahagia Bukan Bidaan
Mula Tayangan : 3 Sept 2018
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Malam
Siaran : Slot Samarinda TV3
Terbitan : Country & Universal Sdn Bhd
Jumlah Episod: 15

Pelakon : Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim,  Lisdawati, Fauzi Nawawi

SINOPSIS BAHAGIA BUKAN BIDAAN
Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?
Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Reviewed by InfoMedia Maya on 16:17:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.