Sinopsis Drama Cik Sempurna

Cik Sempurna

Tajuk : Cik Sempurna
Mula Tayangan : 16 Jun 2018
Masa : Setiap Sabtu-Ahad, 6:58 petang
Siaran : Slot Dahlia TV3
Terbitan : A. Aida Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 21

Pelakon : Emma Maembong, Azrel Ismail, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aiman Graseka, Farisya Irwayu, Aishah Atan, Nor Albaniah

LAGU TEMA / OST
iamNEETA - Terima Kasih

SINOPSIS CIK SEMPURNA
Memaparkan Noreen, sangat pembersih dan cerewet. Masalahnya, Noreen selalu mengamuk kerana dia tinggal dengan adiknya, Munirah yang pemalas dan pengotor.

Namun, bab penampilan, Munirah yang ceria sentiasa mahu nampak cantik dan bergaya. Dia sentiasa menebalkan telinga apabila kakaknya membebel.

Di pejabat juga semua kakitangan meluat dengan sikap Noreen yang terlalu terperinci itu. Apa yang melucukan, mereka bertemu jodoh dengan pasangan yang kontras dengan mereka.

Lalu banyak dipaparkan pengajaran dan kesabaran mendepani serta menerima pasangan suami isteri selepas kahwin.
Sinopsis Drama Cik Sempurna Sinopsis Drama Cik Sempurna Reviewed by InfoMedia Maya on 19:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.