Sinopsis Drama Andainya Takdir 2

Andainya Takdir 2

Tajuk : Andainya Takdir 2
Mula Tayangan : 13 Jun 2018
Masa : Setiap Rabu-Jumaat, 9:00 Malam
Siaran : Slot Zehra TV3
Terbitan : A. AIda Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Norlie Tamam, Jumal Yunus 

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2
Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedar Fatihah dan mereka bersatu semula demi Aleya.
Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 Reviewed by InfoMedia Maya on 02:26:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.