Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan

Rahsia Hati Perempuan

Tajuk : Rahsia Hati Perempuan
Mula Tayangan : 14 Mei 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
Terbitan : Hyperpictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Natasha Elyzz, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Haram
Penyanyi : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN
Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.
Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan Reviewed by InfoMedia Maya on 14:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.