Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap 2

Patahnya Sebelah Sayap 2

Tajuk : Patahnya Sebelah Sayap 2
Mula Tayangan : 22 Mei 2018
Masa : Setiap Selasa, 9.50 malam
Siaran : TV3
Terbitan : Creative Skill Solution
Jumlah Episod: 4

Pelakon : Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek, Normah Damanhuri

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2
Mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan, Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.

Alisha adalah isteri dan ibu yang penyayang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyuarat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya.

Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha. Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk menjauhi Tasha. Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian.

Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan. Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik.
Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap 2 Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap 2 Reviewed by InfoMedia Maya on 00:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.