Sinopsis Drama Suamiku Mat Piun

Sinopsis Drama Suamiku Mat Piun

Tajuk : Suamiku Mat Piun
Mula Tayangan :   2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 6.30 ptg
Siaran : Slot Iris TV3
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon : Along Cham, Sharifah Sakinah, Mark Adam, Mimi Lana, Idzham Ismail, Rania Humaira, Syafi Danish, Qhaisy Hazali, Shahriza Mahmud, Tryssa, Nurinmisha, Qasehku Effa Al Habshee

SINOPSIS SUAMIKU ENCIK MAK PIUN
Mengisahkan Pojie dan Nieza sebagai pasangan suami isteri yang melalui pelbagai fasa cabaran. Nieza adalah seorang peminat novel Melayu yang sering membuat keputusan berdasarkan jalan cerita yang diadaptasi dari novel yang dibacanya. Halangan yang ditempuhi oleh merpati dua sejoli ini bermula dari perancangan perkahwinan mereka dan melarat sehingga mempunyai keluarga sendiri.

Terpaksa menjalani kehidupan yang sederhana, Pojie seorang budak penghantar (Mat Piun) dan Nieza berdepan dengan bermacam konflik termasuk pelbagai masalah dari kisah lampau dan terkini membuatkan hidup mereka terumbang-ambing, menambah jenaka bersahaja dalam kitaran harian mereka.

Bolehkah Nieza dan Pojie menyelesaikan isu kehidupan dengan menjadikan novel sebagai panduan?
Sinopsis Drama Suamiku Mat Piun Sinopsis Drama Suamiku Mat Piun Reviewed by InfoMedia Maya on 00:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.