Sinopsis Telemovie Datin Glam

Sinopsis Telemovie Datin Glam

Tajuk : Datin Glam
Tarikh : 13 Januari 2018
Masa: Sabtu, 10.00 Malam
Siaran :  Slot Cerekarama TV3
Terbitan : Rashbir Media Sdn Bhd

Pelakon: Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani, Ku Fridah, Datuk Chef Wan, Faez Nick, Najwa Jaafar, Mathni Razak

SINOPSIS DATIN GLAM
Kisah Nona yang ke Kuala Lumpur untuk menjaga sepupunya, Datin Ros yang sedang sakit tenat. Datin Ros berhajat untuk suaminya Datuk Kamal mengahwini Nona sekiranya dia tidak ada lagi. Tidak lama selepas itu, Datin Ros meninggal dunia.

Walaupun berat hati untuk berkahwin lagi sebab terlalu sayangkan arwah isteri, Datuk Kamal akhirnya menunaikan juga amanat arwah isteri untuk berkahwin dengan Nona. Sejak itu, Nona belajar mengubah penampilannya menjadi seorang ‘Datin’.

Namun, hubungan Nona dan Datuk Kamal telah dicemburui oleh Datin Zura yang mempunyai perasaan terhadap Datuk Kamal dan merencanakan pelbagai masalah untuk mengganggu rumah tangga mereka.
Sinopsis Telemovie Datin Glam Sinopsis Telemovie Datin Glam Reviewed by InfoMedia Maya on 01:17:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.