Sinopsis Telemovie Kesempatan Kedua

Sinopsis Telemovie Kesempatan Kedua

Tajuk : Kesempatan Kedua
Tarikh : 25 November 2017
Masa: Sabtu, 10.00 Malam
Siaran : Slot Cerekarama TV3
Terbitan : Country Universal Sdn Bhd

Pelakon: Kaka Azraff, Izzue Islam, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Esma Dainal, Idris Md Diah

SINOPSIS KESEMPATAN KEDUA
Pak Amin dan Mak Som terkejut apabila melihat penampilan baharu anak mereka iaitu Myra yang sudah berhijab dan berjubah. Namun mereka tidak sangka bahawa Myra sebenarnya sedang menyembunyikan perutnya yang semakin membesar. Rupa-rupanya, Myra mengandung. Dia merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Sani kerana takut teman lelakinya itu akan meninggalkannya. Dia hanya menceritakan kisah ini kepada rakan baiknya Taufik, yang sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Myra. Demi menyelamatkan Myra, Taufik mengaku kepada keluarga Myra bahawa itu adalah anak mereka dan ingin bertanggungjawab atas perbuatannya. Padahal, itu adalah angkara Myra dan teman lelakinya, Sani.

Sinopsis Telemovie Kesempatan Kedua Sinopsis Telemovie Kesempatan Kedua Reviewed by InfoMedia Maya on 11:19:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.