Sinopsis Telemovie Opah Dot Com

Sinopsis Telemovie Opah Dot Com

Tajuk : Opah Dot Com
Tarikh : 23 Oktober 2017
Masa: Isnin, 8.30 Malam
Siaran : Slot Skrin Di 9 (TV9)
Terbitan : Quiara One Production Sdn Bhd

Pelakon: Norlia Ghani, Ku Faridah, Afiq Muiz, Mimi Lana, Gambit Saifullah, Nora Lunia, Mak Wan

SINOPSIS OPAH DOT COM
Kisah Opah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan IKS. Dia mempunyai seorang cucu bernama Iskandar yang bekerja di pekan dan tinggal bersama Opah selepas ibu bapanya meninggal dunia. Opah dilihat seperti orang biasa, tidak sombong dan bercampur dengan semua orang. Puan Azila datang ke kampun dan memaklumkan Opah perlu hadir ke sesi pembacaan wasiat Datuk Hasan. Opah amat terkejut apabila mendapat tahu yang dia akan mewarisi harta peninggalan Datuk Hasan, bekas suaminya yang keluar meninggalkan kampung untuk mencari rezeki tetapi tidak pulang ke kampung membuatkan Opah menjanda sehingga kini. Dalam wasiat Datuk Hasan itu, Opah perlu menjadi CEO selama 2 tahun dan menyelesaikan masalah syarikat sebelum syarikat dilepaskan kepada mereka yang layak iaitu cucu-cucunya.
Sinopsis Telemovie Opah Dot Com Sinopsis Telemovie Opah Dot Com Reviewed by InfoMedia Maya on 11:17:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.