Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma

Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma

Tajuk : Kerna Syurga Bukan Percuma
Mula Tayangan : 6 November 2017
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 9.00 Malam
Siaran : Astro Oasis & Maya HD
Terbitan : Nuansa Sdn Bhd
Jumlah Episod: 26

Pelakon : Fikry Ibrahim, Elfira Loy, Fendy Bakry, Fadzil Zahari, Syatilla Melvin, Dania Azmi, Liza Rafar, Haeriyanto Hassan, Zul Helmy dan ramai lagi

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Jalan Keluar
Artis : Rabithah

SINOPSIS KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA 
Mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya.

Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab. 

Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya mencari redha Allah.
Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma Reviewed by InfoMedia Maya on 11:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.