Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Tajuk : Kekasih Paksa Rela
Mula Tayangan : 26 Disember 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 7.00 Malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Jumlah Episod: 28

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Pasti
Artis : Cherpen Band

Pelakon : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Hazman Al-idrus, Azhar Amir, Fatin Afeefa

SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA
Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Reviewed by InfoMedia Maya on 23:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.