Sinopsis Telemovie Kayuhan Kasih Ayah

Kayuhan Kasih Ayah

Tajuk : Kayuhan Kasih Ayah
Tarikh : 16 September 2017
Masa: Sabtu, 9.00 Malam
Siaran : Slot Cerekarama TV3
Terbitan : Aniq Communication Sdn Bhd

Pelakon: Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail

SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH 
Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.

Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yaim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?

Sinopsis Telemovie Kayuhan Kasih Ayah Sinopsis Telemovie Kayuhan Kasih Ayah Reviewed by InfoMedia Maya on 15:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.