Sinopsis Telemovie Jangan Sembelih Merah

Sinopsis Telemovie Jangan Sembelih Merah

Tajuk : Jangan Sembelih Merah
Tarikh : 1 September 2017
Masa: Jumaat, 8.30 malam
Siaran : TV9
Terbitan : Layar Consult Sdn Bhd

Pelakon: Nur Qistina Raisah, Jalil Hamid, Dilla Ahmad, Puteri Natasha, Aryanna Alyssa

Lagu : Duniaku
Penyanyi : Alyssa Dezek

SINOPSIS JANGAN SEMBELIH MERAH
Dina seorang kanak-kanak yang bijak, berani dan sedikit lasak seperti kanak-kanak lelaki. Di rumah Dina kebosanan kerana tidak dipedulkan oleh ahli keluarganya. Tok Amin, datuk Dina menternak kambing untuk diniagakan. Bagi menghilangkan kebosanan, Dina selalu menemani Tok Amin di kandangnya selepas sesi persekolahan.

Kerana memenangi pertandingan kuiz matematik, Tok Amin telah menghadiahkan seekor anak kambing kepada Dina. Anak kambing yang unik itu diberikan nama Merah oleh Dina kerana tanda merah di badannya. Semejak itu, Dina dan Merah seperti tidak dapat dipisahkan. Dina amat sayang pada Merah dan menjaga Merah sepenuh hatinya.

Akibat kambing-kambing belaan Tok Amin telah dicuri, Senah mencadangkan anak Kambing "Merah" kepunyaan Dina sebagai ganti. Oleh itu, Dina pula tekad untuk melarikan si "Merah" daripada dikorban.

Sinopsis Telemovie Jangan Sembelih Merah Sinopsis Telemovie Jangan Sembelih Merah Reviewed by InfoMedia Maya on 20:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.