Sinopsis Drama Red Velvet

Sinopsis Drama Red Velvet

Tajuk : Red Velvet
Mula Tayangan : 23 Oktober 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, Jam 10.00 Malam
Siaran : Astro Ria & Ria HD
Terbitan : Cube Films
Jumlah Episod: 20

Pelakon : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana, Nadya Syahera, Fatin Afeefa dan ramai lagi

SINOPSIS RED VELVET
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?
Sinopsis Drama Red Velvet Sinopsis Drama Red Velvet Reviewed by InfoMedia Maya on 10:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.