Sinopsis Drama Coklat (TV1)

Sinopsis Drama Coklat (TV1)

Tajuk : Coklat
Mula Tayangan : 11 September 2017 
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 10.30 malam
Siaran : TV1
Terbitan : Rumah Karya Citra
Jumlah Episod: 13

Pelakon : Tunku Hanis, Remy Ishak, Fathia Latif, Tunku Hanis, Fezrul Khan, Nur Qistina Raisah, Muhammad Danish Razriq, Hawa Khadeejah

SINOPSIS COKLAT 
Mengisahkan Mira yang menjanda sudah hampir 6 tahun ketika mengandungkan Maya. Suaminya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sejak itu Mira menjadi ayah dan ibu kepada Maya. Mira belajar membuat coklat dan mata pencariannya adalah mengambil tempahan coklat. Maya tidak pernah dapat mengenali ayahnya.

Yamin pula berkerja sebagai guru. Isterinya meninggalkannya kerana mengikut bekas kekasihnya. Sejak itu dia tidak lagi percayakan perempuan. Anaknya Iyad sangat nakal. Dia langsung tak pernah takutkan sesiapa kecuali ayahnya sahaja. Iyad selalu membuat hal samada di sekolah atau dengan jiran-jiran di rumah.

Sementara itu Munir dan Hamra kahwin atas dasar cinta tetapi tidak mendapat restu dari keluarga Hamra kerana Munir hanyalah pembawa lori. Entah kenapa Hamra begitu tergila-gilakan Munir sampai sanggup tinggalkan keluarga.

Munir dan Hamra baru pindah di kawasan perumahan Yamin dan Mira. Mereka semua berjiran namun Munir tidak suka bergaul. Coklat buatan Mira popular dalam kalangan kanak-kanak dikawasan itu kerana itu mereka selalu bermain berdekatan dengan rumah Mira dengan harapan dapat coklat dari Mira.

Maya dan Iyad pula berkawan baik. Walaupun selalu bergaduh tapi mereka rapat. Maya selalu pertahankan Iyad apabila Iyad dibuli oleh Castello. Dalila pula agak kesunyian bila baru pindah di taman perumahan itu. Namun Maya dan Iyad selalu menemani Dalila sehingga mereka menjadi kawan baik.
Sinopsis Drama Coklat (TV1) Sinopsis Drama Coklat (TV1) Reviewed by InfoMedia Maya on 19:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.