Sinopsis Telemovie Madu 3 Suku

Sinopsis Telemovie Madu 3 Suku

Tajuk : Madu 3 Suku
Tarikh : 6 Ogos 2017
Masa: Ahad, 10.00 pagi
Siaran : Slot Panggung Ahad (TV1,RTM)
Terbitan : Maficomm Resources Sdn Bhd / KLP Creative Sdn Bhd

Pelakon: Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Puteri Najwa, Mardiana Alwi, Man Raja Lawak, Fara Mendoza, 

SINOPSIS MADU 3 SUKU 
Kisah Haji Rahim sudah mempunyai dua orang isteri dan isteri-isterinya saling berbaik. Namun Haji Rahim merasa dirinya makin tersisih dari perhatian dan kasih sayang dua orang isterinya. Melati, isteri pertama sibuk denan persatuan dan menguruskan masalah oang lain. Manakala Kuntum, isteri keduanya pula sibuk dengan perniagaan bakerinya dan juga sedang berdepan dengan saingan niaga dari Borhan, bekas suaminya sendiri.

Haji Rahim rasa terabai lalu mengambil keputusan untuk bercuti seorang diri untuk hiburkan hati. Sedang bercuti, lain pula yang dijumpanya. Haji Rahim bertemu dengan Seroja. Penampilan luaran Seroja yang riang, kelakar dan manja menarik hatinya. Haji Rahim merasa dirinya jatuh cinta lagi namun untuk awal waktu Haji Rahim cuba kawal diri. Sehinggalah Haji Rahim terlibat dalam satu insiden selamatkan Seroja dari jadi mangsa cemburu dan ekoran dari itu, Haji Rahim sudah tidak dapat menahan rasa cintanya pada Seroja. 

Haji Rahim mahu berkahwin dengan Seroja. Cuma yang jadi penghalang ketika itu adalah janji Haji Rahim sendiri pada Melati dan Kuntum. Waktu Melati izinkan Haji Rahim berkahwin dengan Kuntum dan waktu Kuntum merelakan diri bermadu dengan sepupunya sendiri, keduanya menegaskan, tidak ada madu lagi selepas itu. Kalau Haji Rahim langgar janjinya, semua harta milik Haji Rahim akan jadi milik Melati dan Kuntum. Janji itu membuatkan Haji Rahim pening sendiri dalam menahan diri dan cintanya pada Seroja.

Selepas pulang daripada bercuti, Haji Rahim telah berkahwin dengan Ejah yang menyebabkan Mastura dan Eisya menjadi marah lalu mengeluarkan surat perjanjian perkahwinan mereka yang membolehkan Haji Rahim kehilangan semua hartanya.
Sinopsis Telemovie Madu 3 Suku Sinopsis Telemovie Madu 3 Suku Reviewed by InfoMedia Maya on 22:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.