Sinopsis Telemovie Cinta Gred A

Sinopsis Telemovie Cinta Gred A

Tajuk : Cinta Gred A
Tarikh : 12 Ogos 2017
Masa: Sabtu, 9.00 malam
Siaran : Slot Cerekarama TV3
Terbitan : Ansar Creative Media Sdn Bhd 

Pelakon: Syafie Naswip, Sharifah Shahirah, Elisya Sandha, Kodi Rasheed

SINOPSIS CINTA GRED A 
Kisah Ameer, budak pandai yang berazam nak mendapat GPA 4.0 pada setiap semester. Kenapa 4.0 penting sangat bagi Ameer? Ameer anak orang senang. Kesemua abang dan kakaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Mak bapaknya mahu Ameer juga seperti mereka. Semasa zaman persekolahan, Ameer maintain dapat straight A dalam setiap peperiksaan. Jika tak dapat A, Ameer akan didenda macam-macam. Tak boleh keluar dengan kawan-kawan, tak boleh tengok tv walaupun musim cuti, kena bacakan 4 jenis suratkhabar pada ayah dari depan sampai belakang. Memang takutla kalau tak dapat A. Bagi membolehkannya menjadi pelajar yang disegani lagi dikagumi ramai dek memiliki otak yang pintar, Ameer menjalankan beberapa strategi. Pertama, Ameer asyik berkepit dengan buku teks dan nota daripada silibus subjek universiti. Dia tidak mahu membuang masa membaca bahan lain yang tiada kaitan dengan soalan peperiksaan. Kedua, seboleh-bolehnya Ameer akan mengelak daripada menyertai sebarang program.
Sinopsis Telemovie Cinta Gred A Sinopsis Telemovie Cinta Gred A Reviewed by InfoMedia Maya on 21:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.