Sinopsis Drama Isteri-Isteri Ayah

Isteri-Isteri Ayah

Tajuk : Isteri-Isteri Ayah
Mula Tayangan : 3 Julai 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 6.30 Petang
Siaran : Slot Iris TV3
Terbitan : SRS Productions Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon :  Datuk Jalaluddin Hassan, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Liza Abdullah, Azza Elite, Faye Kusairi, Ira Ghani, Azad Jazmin, Eira Syazira

SINOPSIS ISTERI-ISTERI AYAH 
Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa di batalkan apabila zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki cruise ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki cruise tersebut.

Nizam dan Farah kesian melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Namun keadaan menjadi kacau bilau bila tiga wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah isteri Abang Kamal.


Muncul seorang wanita bersama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana adalah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.
Sinopsis Drama Isteri-Isteri Ayah Sinopsis Drama Isteri-Isteri Ayah Reviewed by InfoMedia Maya on 12:50:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.