Sinopsis Telemovie Detik Berputar

Sinopsis Telemovie Detik Berputar

Tajuk : Detik Berputar
Tarikh : 3 Jun 2017
Masa: Sabtu, 10.00 Malam
Siaran : Slot Panggung Seri (TV1-RTM)
Terbitan : Mega United Pictures

Pelakon: Catriona Ross, Shah Iskandar, Syaffiq Sahli, Ramli Saleh, Adam Shahz, Abby Nour

SINOPSIS DETIK BERPUTAR 
Selepas kematian Datuk Kamal, pemilik Melati Holding, berlaku pertikaian antara anak-anaknya iaitu Zaki dan Imran tentang siapa yang akan menerajui syarikat. Ibu mereka, Datin Suriawati meminta mereka untuk keluar mengembara tanpa bekalan selama enam bulan untuk mengenal diri. Selepas balik, salah seorang dari mereka akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

Zaki keluar dari rumah dan menumpang kawannya Rahman di apartmen mewah. Sementara adiknya Imran yang tiada hala tujuan telah dilanggar di depan masjid dan pengsan. Imran dibantu oleh jemaah masjid dan dibawa ke rumah Pak Mat, seorang pemungut kotak-kotak kertas untuk dijual. Apabila Pak Mat jatuh sakit, Imran telah menggantikan tugas Pak Mat memungut kotak.

Setelah genap enam bulan, Zaki pulang ke rumah dan Imran pulang seminggu kemudian bersama Pak Mat. Kedatangan Pak Mat ke rumah tidak disenangi Datin lalu meminta Pak Mat balik. Rupa-rupanya Pak Mat adalah bekas pemandu arwah Datuk Kamal dan dia tahu banyak tentang keluarga itu.

Jawatan CEO telah diserahkan kepada Zaki tetapi Imran tidak meluluskan tuntutan Zaki kepada syarikat untuk membayar hutangnya kepada Rahman. Zaki mendapat tahu bahawa Imran adalah anak angkat dan memberitahu Imran.

Datin Suriawati sangat marah lalu memberitahu Zaki bahawa dia sebenarnya adik-beradik kandung dengan Imran. Datin Suriawati berterus-terang mereka berdua adalah anak kepada arwah isteri muda Datuk Kamal. Zaki yang telah insaf telah menghalang Imran yang ingin keluar mengembara sekali lagi.

Lalu apakah tindakan Zaki seterusnya? Adakah dia benar-benar ikhlas menyerahkan jawatan tersebut atau ada muslihat yang tersembunyi?
Sinopsis Telemovie Detik Berputar Sinopsis Telemovie Detik Berputar Reviewed by InfoMedia Maya on 13:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.