Saluran Percuma Khas Raya HD (122) di Astro

Saluran Percuma Khas Raya HD (122) di Astro

Saluran percuma sempena raya nanti, Raya HD (saluran 122) bakal bersiaran bermula Sabtu, 24 Jun pada jam 6 pagi hingga Isnin, 24 Julai secaras serentak dengan saluran Astro Ria, Astro Warna dan Astro Citra.

Saluran khas RAYA HD bakal menyajikan lebih 60 seleksi program raya terbaik termasuk program-program baru selama sebulan bermula 24 Jun hingga 24 Julai.

Antara drama, telemovie dan program raya yang akan ditayangkan di Astro Raya HD.

Drama
Suri Hati Mr. Pilot Raya
Famili Tuan Ihsan - 1 Syawal 10am
Abang Bomba I Love You Raya - 2 Syawal 10am
Sayang Papa Saya Tak Raya
akan dikemas kini

Telemovie
Menantu Malam Raya
Jodoh Ayam Golek Tergolek
Cinta Bae Kicap
akan dikemas kini

Program
Gegar Vaganza Kirim Salam Raya - Malam raya 9pm
MeleTOP Raya
Dia Semanis Honey Muzikal
Konsert Komedi Raya
MLM Raya 2017
akan dikemas kini

Info Saluran Raya HD (122)

Selaras dengan tema Dari Hati melalui Kempen Kosong-Kosong juga, Astro turut menawarkan lebih 260 program istimewa raya termasuk 131 buah program baharu akan disiarkan di platform digital, televisyen dan radio sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh berkata kemajuan teknologi yang pesat merangsang revolusi dunia penyiaran dan dunia dalam talian kepada Astro untuk memberikan terbaik Syawal ini.

"Pendekatan menyerluruh 30 darjah dilihat sebagai strategi paling berkesan untuk menghimpunkan variasi kandungan istimewa sepanjang perayaan ini terutamanya di ruang digital dan Over The Top (OTT) agar proram-program yang ditawarkan dapat dinikmati dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut keselesaan masing-masing," katanya.

Jangan lupa ketinggalan mengikuti saluran Raya HD (122) Astro yang berrmula 24 Jun, pukul 6 pagi hingga Isnin, 24 Julai 2017.
Saluran Percuma Khas Raya HD (122) di Astro Saluran Percuma Khas Raya HD (122) di Astro Reviewed by InfoMedia Maya on 11:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.