Sinopsis Drama Ketupat Rendang Brownies Coklat

Sinopsis Drama Ketupat Rendang Brownies Coklat

Tajuk : Ketupat Rendang Brownies Coklat
Mula Tayangan : 25 Mei 2017
Masa : Setiap Khamis, 6.00 Petang
Siaran : Slot TV3
Terbitan : Lumatic Films
Jumlah Episod: 4

Pelakon : Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Khatijah Tan, Habiel Lutfillah, Nazeera Sardi

SINOPSIS KETUPAT RENDANG BROWNIES COKLAT
Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja. Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid.

Walaupun Wan merasai dirinya seperti tidak diundang oleh Elyna, dia tidak berputus asa dan memutuskan untuk menggunakan senjata rahsia beliau dengan hidangan rendang yang enak, dimasak dengan penuh kasih sayang bagi memenangi hati keluarganya.
Sinopsis Drama Ketupat Rendang Brownies Coklat Sinopsis Drama Ketupat Rendang Brownies Coklat Reviewed by InfoMedia Maya on 14:03:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.