Program Konsert Komedi (Astro Warna)

Program Konsert Komedi (Astro Warna)

Bakat nyanyian pelawak tanahair bakal diserlahkan dalam sebuah program terbaru terbitan Astro, Konsert Komedi.

Menurut Ketua Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, para pelawak (yang digelar sebagai ‘pemain komedi’ dalam program ini) akan diberi kebebasan untuk menentukan konsep persembahan mereka pada setiap minggu.

Konsert Komedi 2017 akan bersiaran mulai 12 Mei 2017 setiap hari Jumaat jam 10:00 malam. Rancangan ini akan dihoskan oleh 8 pelawak terkenal Malaysia yang bergilir setiap minggu, dimana mereka diberi kebebasan untuk mengendalikan acara mereka sendiri, perlu diselitkan dengan sketsa dan nyanyian yang bakal mengeletek hati penonton.

Senarai pelawak yang mengambil bahagian adalah Senario, Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey, Datuk Ac Mizal, Zero serta kumpulan Baik Punya Cilok yang terdiri daripada Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datuk Awie.

Selain menyanyi, pemain komedi juga akan membuat sketsa secara solo atau berkumpulan bersama beberapa selebriti undangan – antaranya Erra Fazira, Stacy, Siti Nordiana, Misha Omar dan Indah Ruhaila.

Konsert tersebut bakal diiringi oleh kumpulan pemain muzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Konsert Komedi mula bersiaran pada 12 Mei ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).


Senarai Pelawak Konsert Komedi 2017. 


Sepahtu Sinar (Jep, Shuib & Rahim R2)
Senario (Wahid, Azlee, Saiful Apek, Ilya, Hamdan & Yassin)
Zero (Atu, Syaiful & Shariff)
Bocey (Abam, Fad & Achey)
Nabil Ahmad
Dato’ AC Mizal
BPC (Afdlin Shauki, Dato’ Awie & Dato’ Hans Isaac)
Shiro (Shahrol & Ajak)
Program Konsert Komedi (Astro Warna) Program Konsert Komedi (Astro Warna) Reviewed by InfoMedia Maya on 16:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.