Sinopsis Drama Budak Ijat TV3

Sinopsis Drama Budak Ijat TV3

Tajuk : Budak Ijat
Mula Tayangan : 17 Mei 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 6.30 petang
Siaran : Slot Iris TV3
Terbitan : Radius One Sdn Bhd
Jumlah Episod: 22

Pelakon : Nik Adam Mika, Amy Mastura, Azhan Rani, Zaidi Omar, Noryati Taib, Ieda Moin, Eyra Hazali, Elmy Moin, Farzana Latiff, Akhbar Latefi

SINOPSIS BUDAK IJAT
Rykal memasang azam untuk mendapatkan pahala ramadhan yang sebanyak mungkin. Akibat dari cita-citanya itu, Rykal melakukan pelbagai perkara bagi membantu keluarga dan orang kampung. Malangnya perbuatan baik Rykal itu acapkali berakhir dengan musibah dan kekecohan oleh orang kampung. Dalam masa yang sama, ibu dan ayahnya berdepan dengan masalah. Ayahnya Razak, telah dibuang kerja atas alasan yang tidak diketahui. Manakala ibunya Fatimah, telah mula mengabaikan keluarganya akibat mengambil mempahan baju yang terlalu banyak. Ini menambahkan lagi huru hara pada keluarga Rykal. Sehinggalah pada satu hari, Rykal hilang dari kampung. Kehilangannya telah menimbulkan panik dikalangan keluarga dan mereka yang pernah membencinya satu ketika dahulu. Namun kehilangan Rykal segera terjawab apabila ianya mempunyai hubungkait dengan masalah yang ditimbulkan oleh Joyah dan Hamid iaitu jiran sebelah mereka.
Sinopsis Drama Budak Ijat TV3 Sinopsis Drama Budak Ijat TV3 Reviewed by InfoMedia Maya on 20:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.