Shah Rukh Khan Dipilih Ganti Hugh Jackman Sebagai Wolverine

Shah Rukh Khan Dipilih Ganti Hugh Jackman Sebagai Wolverine

MUMBAI: Pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman, menyatakan hasrat melihat bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, memegang watak Wolverine, dalam satu temubual baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai penampilan terakhir beliau sebagai Wolverine/Logan dan perasaannya melihat aktor lain melakonkan watak adiwira itu, Jackman, spontan menjawab:

"Mungkin Shah Rukh Khan boleh membawakan watak itu."

Pelakon sasa itu sudah sembilan kali membawakan watak Wolverine dalam siri X-Men.

Jackman juga sudah memaklumkan bahawa filem terbaharunya bertajuk Logan, menjadi penampilan terakhirnya sebagai adiwira itu.

Logan, yang diarahkan James Mangold dan turut dibintangi Dafne Keen dan Patrick Stewart, mula ditayangkan semalam.

Jackman mula melakonkan watak itu dalam filem X-Men yang diterbitkan pada 2000. - AGENSI
Shah Rukh Khan Dipilih Ganti Hugh Jackman Sebagai Wolverine Shah Rukh Khan Dipilih Ganti Hugh Jackman Sebagai Wolverine Reviewed by Bukan Cincai on 14:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.