Sinopsis Telemovie Peah Singa Skrin Di9

Sinopsis Telemovie Peah Singa

Tajuk : Peah Singa
Tarikh : 6 Febuari 2017
Masa: Isnin, 8.30 Malam
Siaran : Skrin Di 9 (TV9)
Terbitan : 2606 Skyline Prictures

Pelakon: Izzue Islam, Miera Liyana, Zahra Ahmad, Suraya Ghani, Aren Yunus, Aman Graseka, Mohd Shahremy Ikmal 

SINOPSIS PEAH SINGA
Peah (34), anak dara tua di sebuah kampung. Peah tinggal dengan adiknya, Azlin (19). Azlin tidak bekerja dan hanya duduk di rumah sahaja. Peah seorang yang garang dan suka membebel dan memarahi sesiapa sahaja di kampung. 

Peah menjadi garang setelah dididik dengan tegas oleh Pak Ngahnya yang kini telah tinggal di luar negara. Peah menjadi garang di kampung kerana marah dengan tindakan orang kampung yang pernah menghina keluarganya sehinggakan arwah ayah dan emaknya makan hati dengan tindakan mereka. 

Dulunya, kedua ibubapanya lemah selalu beri muka pada orang kampung sehinggakan ramai yang ambil kesempatan pada keluarganya seperti pinjam duit tidak bayar, ambil kesemapatan dengan tuduh keluarganya macam-macam sehinggakan ada yang memfitnah keluarganya sesuka hati. Melihatkan peristiwa itulah, Peah berubah menjadi tegas dan tidak mahu dia dan adiknya dipijak-pijak lagi oleh orang kampungnya.
Sinopsis Telemovie Peah Singa Skrin Di9 Sinopsis Telemovie Peah Singa Skrin Di9 Reviewed by Bukan Cincai on 13:04:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.