Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2

Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2

Surga Yang Tak Dirindukan 2

Pasangan suami isteri Arini dan Pras hidup bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, Nadia. Biarpun Arini sering terdengar kisah suami curang di sekelilingnya, namun dia tetap memberi kepercayaan penuh kepada suaminya. Satu hari ketika Pras dalam perjalanan pulang, dia telah menolong seorang wanita mengandung bernama Mei Rose yang terlibat dalam kemalangan. Mei Rose sempat diselamatkan dan berjaya melahirkan bayi lelaki. Pras yang berasa kasihan dengan nasib Mei Rose yang hidup sebatang kara telah bersetuju untuk mengahwininya. Bagaimanapun, hari demi hari Pras semakin berasa bersalah terhadap Arini. Apabila dia cuba berterus-terang dengan Arini, bapa Arini pula meninggal dunia dan ini membuatkan Pras serba salah untuk menceritakan perkara sebenar.

Bahasa: Indonesia
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 16 Februari 2017
Genre: Drama / Romantik
Durasi: NA
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Laudya Chintya Bella, Raline Shah, Fedi Nuril, Reza Rahadian
Pengarah: Hanung Bramantyo
Format: 2D

Treler Surga Yang Tak Dirindukan 2

Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 Reviewed by Bukan Cincai on 13:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.