Sinopsis Drama Syurgaku Tak Sempurna

Sinopsis Drama Syurgaku Tak Sempurna

Tajuk : Syurgaku Tak Sempurna
Mula Tayangan : 16 Januari 2017
Masa : Setiap Isnin-Selasa, 9.00 malam
Siaran : HyppSensasi HD 116 (HyppTV)
Terbitan : DarkWave Pictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 30

Pelakon : Raja Ilya, Shah Iskandar, Uqasha Senrose, Aedy Ashraff, Didie Alias, Zulikmal Amry, Mustapha kamal, Azar Azmi, Zalfa Zin

SINOPSIS SYURGAKU TAK SEMPURNA
Mengisahkan tentang dua orang rakan baik yang lahir dari keluarga berada, Tengku Zarif (Shah Iskandar) dan Fariena (Uqasha Senrose) yang membesar mengikut haluan masing-masing apabila Zarif membuat keputusan untuk mengahwini seorang gadis kampung bernama Zalia (Raja Ilya). Perkahwinan bahagia mereka dilanda satu tragedi apabila mereka telah kehilangan anak mereka dalam satu kemalangan dan mengakibatkan Zalia mengalami tekanan perasaan. Keadaan menjadi semakin sukar apabila Zalia mendapati akibat daripada kemalangan tersebut, dia tidak boleh mempunyai zuriat lagi.

Ibu Tengku Zarif, Tengku Zaharah (Didie Alias) meminta anaknya mengahwini rakan sepermainannya, Fariena yang akhirnya dapat melahirkan seorang anak lelaki untuk Zarif. Kekecewaan Zalia telah membuatkannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Yogyakarta untuk meredakan kesengsaraan dan merancang untuk mendapatkan Zarif kembali. Dengan cara yang amat kejam, Zalia telah merancang satu kemalangan yang menyebabkan Fariena lumpuh. Akhirnya, Zalia dapat kembali kepada lelaki yang dia sayangi. Namun akhirnya, kebahagiaan yang dicari tidak berkekalan apabila plot drama ini ditambah dengan beberapa konflik, pengkhianatan dan rasuah.
Sinopsis Drama Syurgaku Tak Sempurna Sinopsis Drama Syurgaku Tak Sempurna Reviewed by Bukan Cincai on 13:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.