Sinopsis Drama Kerana Anisa (TV3)

Sinopsis Drama Kerana Anisa (TV3)

Tajuk : Kerana Anisa
Mula Tayangan : 9 Januari 2017
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Malam
Siaran : Slot Samarinda TV3
Terbitan : Enuja Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon : Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sujangi, Aman Graseka, Ellie Suriaty, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli dan ramai lagi

SINOPSIS KERANA ANISA
Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan bari sejak dari bangku sekolah. Anisa bercita-cita besar iaitu ingin menjadu seorang peguan dan meminta Syukri menyokong impiannya itu.

Bapa Anisa bagaimanapun tidak senang melihat keakraban mereka berdua. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Syukri menyambung pelajaran di London. Biarpun terpisah beribu batu, mereka tetap berhubung melalui surat.

Anisa dikejutkan dengan rombongan meminang dari Zahid. Zahid menggunakan pangkat dan kekayaannya untuk memenangi bapa Anisa. Dek kerana bercita-cita tinggi, Anisah berkeras tidak mahu berkahwin dengan Zahid untuk mengejar impiannya. Lagipun keputusan peperiksaannya begitu cemerlang.

Anisa tetap dipaksa kahwin dengan Zahid dan sepanjang pernikahan mereka, Anisa diseksa zahir dan batin. Lebih memburukkan lagi keadaan, Zahid mendapati Anisa masih berhubung dengan Syukri. 
Sinopsis Drama Kerana Anisa (TV3) Sinopsis Drama Kerana Anisa (TV3) Reviewed by Bukan Cincai on 11:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.