Sinopsis Drama Cik Serba Tahu (Astro)

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu (Astro)

Tajuk : Cik Serba Tahu
Mula Tayangan : Mac 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Astro Ria & Astro Ria HD
Terbitan : Orangetree Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 30

Pelakon : Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Ako Mustapha, Liza Othman, Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Sherie Merlis, Badrul Muhayat, Sharisa Haris, Mona Allen, Idris Khan, Radhi Khalid

SINOPSIS CIK SERBA TAHU
Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.

Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?
Sinopsis Drama Cik Serba Tahu (Astro) Sinopsis Drama Cik Serba Tahu (Astro) Reviewed by Bukan Cincai on 20:49:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.