Sinopsis Telemovie Bedah Motor (TV9)

Sinopsis Telemovie Bedah Motor (TV9)

Tajuk : Bedah Motor
Tarikh : 31 Oktober 2016
Masa: Isnin, 8.30 Malam
Siaran : Slot Skrin di 9 (TV9)
Terbitan : Tanah Beris Film Production

Pelakon: Nonny Nadirah, Niezam Zaidi, Ruhainies, Lia Natalia, Neera Azizi, Hanif Safuan, Rosnah Mat Aris, Sharifah Shahora

SINOPSIS BEDAH MOTOR 
Mengisahkan seorang graduan pusat pengajian tinggi yang ingin memulakan hidup di ibu kota dengan menjalankan perniagaan penghantaran makanan menggunakan motosikal. Zubaidah atau lebih mesra disapa sebagai Bedah, mendapat jolokan Cik Celah Bedah kerana kepakarannya menunggang basikal dan motosikal di celah-celah kesibukan jalanraya kerana menghantar pesanan makanan yang dipesan melalui pengiklanan pejabat ke pejabat berhampiran. Perniagaan Bedah menerima sambutan yang memberangsangkan. Ketika Bedah dalam perjalanan menghantar makanan ke pelanggannya, dia dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu, Amir. Bedah yang berperwatakan tomboi bergaduh dengan Amir menyebabkan kesesakan jalan raya. Bedah mahu Amir membayar ganti rugi motosikal dan makanan yang rosak. Daripada nak marah, timbul perasaan kasihan Amir terhadap Bedah. Dalam proses Amir mahu membayar ganti rugi Bedah, lelaki itu mula menyukainya. Bagaimanapun, Amir hampir bertunang dengan Azura. Apa akan yang berlaku?
Sinopsis Telemovie Bedah Motor (TV9) Sinopsis Telemovie Bedah Motor (TV9) Reviewed by Bukan Cincai on 13:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.