Sinopsis Drama Amsyar (TV9)

Sinopsis Drama Amsyar (TV9)

Tajuk : Amsyar
Mula Tayangan : 27 Oktober 2016
Masa : Setiap Selasa-Ahad, 8.30 Malam
Siaran : Slot Azalea TV9
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd.
Jumlah Episod: 20

Pelakon :  Ben Laden, Redza Rosli, Kairul Nizam, Faralyna Idris, Hairi Safwan, Wina Azlan, Juedian Omar dan ramai lagi.

SINOPSIS AMSYAR
Amsyar merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas pemergian ibu bapanya, tidak ada orang yang hendak menjaga dan mengurusnya. Apatah lagi, Amsyar seorang kanak-kanak yang masih muda dan masih bersekolah. Kini, dia sudah hilang tempat untuk berkasih sayang.

Lebih menyedihkan lagi, tidak ada pula yang hendak menerimanya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudara atau ibu saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar.
Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memukulnya semahu hati. Lain pula dengan Shahrul yang merupakan Pak Ngah kepada Amsyar. Shahrul sangat baik hati dan prihatin terhadap Amsyar.

Shahrul sangat kasihan melihat keadaan anak saudaranya yang tidak diperdulikan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain. Tetapi, isteri Shahrul, Lia langsung tidak menyukainya dan menganggap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Amsyar lebih rela menetap di Teratak Kasih iaitu rumah anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya kerana tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya. Malangnya, rumah tersebut tidak dapat menerima penghuni baharu buat ketika itu.

Jadi, terpaksalah Amsyar berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya dan hidup dengan penuh tekanan. Amsyar juga pernah jatuh sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Apakah yang terjadi kepada Amsyar selepas ini? Bilakah kisah sedihnya akan berakhir?
Sinopsis Drama Amsyar (TV9) Sinopsis Drama Amsyar (TV9) Reviewed by Bukan Cincai on 07:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.