‘Salahkah Saya Hamilkan Anak Tunang Orang Lain?’

‘Salahkah Saya Hamilkan Anak Tunang Orang Lain?’

Saya disini sekadar ingin meluahkan apa yg terpendam sekian lama. Sekitar 3 tahun yg lalu, saya dan bekas kekasih telah terlanjur.

Bila saya beritahu kepada dia, saya mengandung, dia minta saya gugurkan. Tapi saya tidak mahu sebab saya fikir, cukuplah sekali kami berdosa, takkan sampai sanggup untuk membunuh bayi yang tidak berdosa ini.

Saya cakap kepada dia, kalau tidak mahu anak ini, biarlah saya yang jaga. Saya tidak sanggup buang. Mungkin bila di dunia kita lepas bila kita sudah buang anak itu, tapi di sana nanti, mampu ke kita untuk menjawab?

Sebab itu saya ambil keputusan untuk menjaga walaupun apa yang akan terjadi nanti. Setiap kali saya berjumpa dia, mesti ayat sama yang dia berikan. Sampai satu tahap, saya terpaksa menjauhjkan diridari dia disebabkan dia seringkali meminta saya menggugurkan. Berbulan saya senyap sampailah kandungan ini sudah memasuki usia 6 bulan.

Baby bump masa itu sudah kelihatan, saya sudah tidak berani duduk di rumah. Daripada keluarga saya mendapat tahu, lebih baik saya keluar dari rumah dan tinggal di tempat lain. Takut keluarga malu dengan perbuatan saya. Apa-apa saya tanggung sendiri, sehinggalah saya berjumpa dengan seorang makcik ini. Dia ajak saya tinggal bersama dia, kebetulan dia tinggal seorang diri. Dia yang jaga saya. Yang bagi saya makan macam-macam apa yang saya teringin nak makan.

Sampailah dai bertanya kepada saya, siapa yang bakal menjadi bapa kepada anak di dalam perut ini? Mana dia dan kenapa dia tidak bertanggungjawab? Sampailah makcik itu sendiri telefon bekas kekasih saya itu ajak berjumpa.

Ex saya setuju untuk berjumpa. Makcik itu minta ex saya untuk bertanggungjawab dan ex pun bersetuju. Tapi syarat dia, nikah di Thailand. Saya pelik kenapa mesti di Thailand. Puas saya selidik, rupa-rupanya, ex saya sudah bertunang dengan orang lain, iaitu pilihan ibunya sendiri.

Bila saya mendapat tahu dia sudah bertunang dan bakal berkahwin masa due saya nanti, saya undur diri. Saya tidak mahu tunangnya tu pula yang terluka hati. Kita sama-sama perempuan, lebih baik saya elakkan dariada buat macam itu kepada dia walaupun masa itu diri saya sendiri yang sangat kasihan. Tapi saya tetap pertahankan untuk perempuan yang juga tunangnya itu.

Tunang ex saya itu tidak tahu apa-apa dan saya tidak mahu dia menjadi mangsa keadaan juga. Sedangkan majlis perkahwinan mereka tanggal tiga bulan saja lagi. Mesti persiapan semua sudah siap dan jemputan pun semua sudah diedarkan.

Benda ini akan membuatkan banyak pihak yang malu. Demi menjaga air muka orang tua ex dan tunangnya masa itu daripada dimalukan oleh orang kampung, saya redhakan semua ini dan saya korbankan diri saya dan biarlah mereka bahagia.

Saya dalam pantang hari ke 22 mereka sudah selamat diijabkabulkan. Syukurlah, air mata langsung tidak menitis, malah masa itu saya rasa betul-betul kuat. Anak ini saya akan jaga dengan sebaik yang mungkin, ini niat saya.

Alhamdulillah, saya mampu dan dipermudahkan dengan begitu baik sekali oleh Allah SWT. Pernah sekali hari itu saya terjumpa akaun Facebook ex, saya terus add dan accepted. Saya ada PM bertanyakan khabar dan tunjuk gambar anak kepada ex.

Tetapi, rupa-rupanya, itu bukan dia, tetapi isterinya. Segala jenis maki dan penghinaan saya terima daripada isterinya. Tetapi, tidak apalah, saya maafkan dan langsung tidak berdendam apa-apa dengan dia.

Sekarang, anak sudah besar, 3 tahun sudah berlalu, tetapi seringkali bertanyakan tentang ayahnya. Saya tidak pernah bercerita yang buruk-buruk tentang ayahnya kepada anak. Tidak mahu anak berdendam dengan ayahnya. Malah saya sentiasa meminta anak mendoakan akan kesejahteraan ayahnya walaupun di mana saja ayahnya berada.

Kepada masyarakat, jangan pandang serong dan hina kepada wanita yang senasib dengan saya ini. Sedangkan ada perkara yang kita sendiri tidak tahu apa yang membuatkan seseorang itu melahirkan anak tanpa seorang suami. Tolong dan tolonglah jangan menghina kami. Kata-kata penghinaan dari orang sekeliling itulah yang membuatkan kami yang senasib ini down dan bertindak di luar kawalan.
‘Salahkah Saya Hamilkan Anak Tunang Orang Lain?’ ‘Salahkah Saya Hamilkan Anak Tunang Orang Lain?’ Reviewed by Bukan Cincai on 12:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.