Trend Kahwin, Hutang Dan Cerai Semakin Popular

Trend Kahwin, Hutang Dan Cerai Semakin Popular

Trend ‘kahwin hutang’ dan kegagalan mengamalkan ‘petua bomba’ merupakan antara punca utama kes perceraian semakin meningkat di negeri ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, perbelanjaan perkahwinan secara berhutang hanya menyusahkan pasangan selepas berkahwin dan boleh menyebabkan perceraian.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak termasuk keluarga kedua-dua pengantin perlu berfikiran rasional supaya perbelanjaan perkahwinan mengikut kemampuan tanpa perlu berhutang.

“Suami isteri juga perlu mengamalkan ‘petua bomba’ iaitu tugas bomba adalah memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.

“Dalam perkahwinan begitu juga, ikut falsafah air yang sejuk dan memadamkan kemarahan atau pertengkaran.

“Malah suami isteri juga mesti menjadi penyelamat, cuba sebaik mungkin menyelamatkan perkahwinan mereka,.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim mengenai kes perceraian yang mencecah 75,299.

Nooh berkata, trend ‘kahwin hutang’ juga dikhuatiri menyebabkan sesebuah perkahwinan menjadi tidak berkat yang akhirnya membawa kepada perceraian.

“Jika pinjaman dilakukan mengikut hukum Islam tidak mengapa, namun jika pinjaman itu berasaskan riba, kita bimbang perkahwinan tidak mendapat keberkatan.

“Sebaik-baiknya elakkan terus daripada berhutang dan belanja ikut kemampuan,” katanya

Berbelanja mewah untuk majlis perkahwinan besar-besaran, diikuti beban hutang, antara faktor berlaku penceraian pasangan muda di Kelantan.

Pasangan ini, yang kebiasaannya bermasalah kewangan, terpaksa menanggung hutang selepas membuat pinjaman untuk perkahwinan.

“Kos kehidupan pada hari ini semakin meningkat jadi dengan sumber kewangan yang terhad ia mempengaruhi emosi dan hubungan suami isteri tersebut yang tidak baik,” kata seorang jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK).

Sementara di Perlis, exco keluarga dan masyarakat Rela Ahmad berkata masalah kewangan trut menjadi faktor utama penceraian di negeri itu.

“Sebahagian besar kes berpunca daripada suami gagal memberi perbelanjaan yang cukup atau suami tiada pekerjaan tetap.

“Terdapat kes isteri sarat mengandung diceraikan serta ditinggalkan bersama anak-anak kecil begitu sahaja,” katanya seperti dilaporkan.

Rela berkata ada juga isteri yang tidak tahan hidup merana tergamak mengikut lelaki lain demi kehidupan lebih baik.

Akhbar itu sebelumnya melaporkan sebanyak 38,035 pasangan Islam bercerai sepanjang Januari hingga Ogos tahun lalu.

Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), lapor akhbar itu, statistik itu menunjukkan secara purata 156 pasangan bercerai setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.

Pasangan-pasangan yang ingin bercerai memberikan alasan-alasan, antaranya, berebut rancangan televisyen dan lupa pam tandas.

Alasan lain, termasuklah anak demam dan tidak sihat, tidak suka isteri makan dalam kereta, tidak suka cara pasangan menjemur baju dan punggung isteri menggerutu.
Trend Kahwin, Hutang Dan Cerai Semakin Popular Trend Kahwin, Hutang Dan Cerai Semakin Popular Reviewed by Bukan Cincai on 22:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.