Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (TV3)

Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (TV3)

Tajuk : Tangisan Izara
Tarikh : 12 November 2016
Masa: Sabtu, 9.00 Malam
Siaran : TV3
Terbitan

Pelakon: Raja Afiq, Janna Nick, Puteri Balqis, Ku Faridah dan ramai lagi

SINOPSIS TANGISAN IZARA
Sinopsis telefilem, mengisahkan seorang eksekutif bernama Haikal (lakonan Raja Afiq) dan isterinya Raihana (Janna Nick) yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta. Pasangan muda itu mula berkenalan ketika mereka berdua mendapatkan rawatan terhadap penyakit mereka di hospital sama. Haikal mengalami masalah jantung manakala Raihana pula menghidap barah.

Daripada pertemuan biasa yang pada mulanya berkongsi rasa mengenai penyakit yang mereka hadapi, kemudian timbul rasa cinta. Mereka berdua amat serasi kerana Haikal dan Raihana yatim piatu.

Selepas tiga bulan terjalin persahabatan, Haikal melamar Raihana untuk menjadi isteri. Raihana cuba menolak cinta Haikal kerana dia tidak mahu lelaki itu turut menanggung penderitaannya. 

Pada masa sama, Haikal sangat memerlukan sokongan Raihana untuk menghadapi penyakit yang dideritainya lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Izara (Puteri Balqis). Ketika mereka keluar bekerja, Izara dijaga pengasuhnya, Mak Dah (Ku Fridah).

Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (TV3) Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (TV3) Reviewed by Bukan Cincai on 22:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.