Sinopsis Telemovie Cinta 3 Rasa (TV9)

Sinopsis Telemovie Cinta 3 Rasa (TV9)

Tajuk : Cinta 3 Rasa
Tarikh : 19 September 2016
Masa: Isnin, 8.30 Malam
Siaran : TV9
Terbitan : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

Pelakon: Ben Amir, Niena Baharun, Mia Ahmad, Jessica Kueh, Lia Natalia.

SINOPSIS CINTA 3 RASA
Mengisahkan tentang 3 orang gadis Melayu, Sabah dan Sarawak yang bercita-cita ingin menjadi isteri kepada seorang CEO yang bujang terlajak. Jejaka itu amat cerewet bab makanan dan hanya ingin yang terbaik mengikut selera tekaknya. 

Mereka bertiga mula bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai juadah mengikut etnik masing-masing demi memenuhi selera jejaka tersebut. Pengakhirannya, jejaka itu memilih seorang gadis kampung yang menawan seleranya dengan masakan berasaskan budu. 

Gadis bertiga itu mula sedar diri bahawa mereka bukanlah pilihan jejaka tersebut kerana mereka berniat untuk menjadi isteri orang kaya tetapi bukan ikhlas untuk menawan hati jejaka tersebut.

Sinopsis Telemovie Cinta 3 Rasa (TV9) Sinopsis Telemovie Cinta 3 Rasa (TV9) Reviewed by Bukan Cincai on 12:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.