Jika Ingin Bahagia, Terimalah Pasanganmu Seadanya

Jika Ingin Bahagia, Terimalah Pasanganmu Seadanya

“Suami aku sekarang sudah berubah, sekarang pemalasnya bukan main lagi, dahulu masa bercinta romantik sekarang hari jadi aku pun tiada hadiah lagi .” Dan rungutan para suami pada rakan taulannya, “Dahulu seksi menggoda sekarang badannya makin menjadi-jadi naiknya.”

Benarlah kata orang orang alam percintaan dan perkahwinan memang sangat berbeza. Dahulu masa berkenalan tidak nampak kekurangannya segalanya indah dan manis belaka tetapi kini ada sahaja timbul rasa tidak puas hati . Sukar betul untuk kita menerima kekurangan yang ada pada pasangan hidup kita.

Sekiranya kita sudah mengetahui si suami bergaji kecil sejak sebelum kahwin, mengapa kita tidak berpuas hati sekiranya apa yang dikehendaki tidak dapat disediakan. Jika kita sudah tahu suami bersifat malas kenapa dimanjakan di awal perkahwinan dahulu hingga dia terbiasa untuk tidak membantu dalam urusan rumahtangga.

Begitu jugalah halnya jika isteri anda sudah semakin besar badannya, kenapa tidak cuba membantu dan menyokongnya daripada segi sokongan moral dan kewangan agar ia kembali ke saiz asal, bukannya menyindir dan melemahkan semangatnya untuk kurus kembali.

Dalam kedudukan suami dan isteri yang hampir setara malahan sudah semakin ramai golongan isteri yang kedudukannya lebih tinggi daripada suami di zaman moden ini , pakar kaunseling dan terapi rumah tangga telah mengenalpasti hampir semua masalah rumah tangga berpunca daripada berkurangnya rasa hormat terhadap pasangan kita.

Sebenarnya rasa hormat harus dilandasi atas satu perkara iaitu penerimaan. Adalah penting bagi suami atau isteri menerima pasangan seadanya. Kita harus menerima hakikat sebagai manusia biasa kita adalah insan yang dijadikan Allah dengan penuh kekurangan dan kelemahan. Jangan lah kita hanya melihat kelemahan si dia sedangkan pihak suami juga terpaksa menerima kekurangan diri anda.

Masing-masing harus sering muhasabah diri bahawa jika ada sifat pasangan yang tidak disukai pasti ada juga sikapnya yang lain memuaskan dan menawan hati anda. Ingatkanlah saat manis ketka di awal perkahwinan dahulu.

Sebenarnya terdapat ramai pasangan yang masih bahagia walaupun wujudnya kehendak, peribadi dan sikap yang berbeza di antara mereka. Ini kerana jalinan kasih sayang yang kuat berjaya mengatasi kekurangan yang ada.

Bagi pasangan yang ingin bahagia mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap suka melihat kelemahan di antara satu sama lain. Tegurlah dan nasihatilah cara berhemah dengan menunjukkan contoh yang baik buat pasangan anda. Jika kita boleh menerima pasangan seadanya, kita akan menjadi lebih tenang dan selesa ketika berada di sisinya.

Terlalu ingin kesempurnaan

Berikut punca yang menyebabkan wujud rasa tidak puas hati terhadap pasangan sehingga mennyukarkan untuk menerima suami dan isteri seadanya:

1. Meletakkan kepentingan diri sendiri dahulu dan bukannya pasangan. Ini berlaku bagi pasangan yang lebih mengutamakan diri sendiri dan terlalu berkira dengan pasangan

2. Mahukan tumpuan penuh daripada pasangan. Jika boleh setiap waktu kelapangannya perlu diisi dengan menemani dan melayani kehendak dirinya.

3. Mahukan pasangan berubah mengikut seperti yang dimahukan dan bukan mengikut kemampuan empunya diri.

4. Kurang menhormati perasaan dan kehendak pasangan. Teguran yang dilakukan berbentuk paksaan dan tidak dilakukan cara berhemah.

5. Mengongkong pasangan dan tidak memberi ruang peribadi kepada pasangan mengisi masanya sendiri.

Jadi bagi memudahkan anda menerima pasangan seadanya, lakukanlah langkah-langkah ini :

1. Maklumkan dan nyatakan apa yang anda inginkan daripada pasangan anda.Jangan berharap pasangan kita boleh membaca fikiran dan keinginan kita. Berterus terang adalah perlu agar si suami atau isteri mengetahui apa kekurangan yang perlu dibaiki.. Jangan pendam di dalam hati.

2. Usahakan pujukan.Pujukan penting untuk menghangatkan perasaan cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Pujukan yang dimaksudkan bukanlah untuk melayani pasangan merajuk tetapi dengan memberi galakan dan nasihat yang yang berhemah agar dia boleh berubah. Contohnya jika dia bersikap pemalas, nasihatilah dan pujuklah suami dengan lemah lembut dan ajak dia bersama-sama mengambil bahagian dalam urusan kerja yang hendak dibereskan.

3. Menjalin kerjasama dengan pasangan anda. Berkongsilah masalah , aktiviti dan tindakan untuk kesepakatan bersama.

4. Mengenali isi hati dan perwatakan sebenarnya. Ukuran sebelum perkahwinan tidak boleh digunakan selepas berkahwin tetapi kenalilah sikapnya selepas bergelar suami dan fahamilah segala kekurangan yang ada.

5. Muhasabah diri. Jangan hanya menyangka pasangan anda sahaja sudah berubah dan wujud kekurangan tetapi cuba tanyakan juga pasangan apakah perubahan yang si dia mahukan daripada anda.Bila kedua-dua suami isteri sedia boleh berubah kearah kebaikan baharulah wujud keembangan dan menguatkan keserasian.

Suami dan isteri ibarat pakaian dan cermin kepada yang lain, ia seharus saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan adalah merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara positif dan membina. Terimalah dia seadanya, hakikatnya bukankah kita menyayangi pasangan kita kerana kelebihan yang pada dirinya. Jadi janganlah dilupakan kekuatan dan kebaikan pasangan kita itu.

Sumber : Bercintaselepasnikah.my
Jika Ingin Bahagia, Terimalah Pasanganmu Seadanya Jika Ingin Bahagia, Terimalah Pasanganmu Seadanya Reviewed by Bukan Cincai on 13:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.