Jangan Hakimi Uqasha Senrose, Lebih Baik Diam – Elfira Loy

Jangan Hakimi Uqasha Senrose, Lebih Baik Diam – Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy berharap agar orang ramai terutamanya netizen tidak menghakimi rakan seangkatannya dalam industri lakonan, Uqasha Senrose.

Baru-baru ini, Uqasha mengejutkan dunia hiburan apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas tiga tahun bertudung.

“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam,” kata Elfira kepada Astro Gempak.

Tambah Elfira lagi, dia memahami perasaan yang dihadapi oleh Uqasha dan berharap agar Uqasha terus kuat menghadapi ujian berat ini.

“Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.

“Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini.

“Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberikan, bukannya menghentam dan bersikap negatif,” katanya ketika ditemui usai rakaman program Sembang Pacak di Perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu.

Sumber : Astrogempak
Jangan Hakimi Uqasha Senrose, Lebih Baik Diam – Elfira Loy Jangan Hakimi Uqasha Senrose, Lebih Baik Diam – Elfira Loy Reviewed by Bukan Cincai on 14:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.