Cakap Move On Itu Mudah, Nak Lakukan Yang Susah

Cakap Move On Itu Mudah, Nak Lakukan Yang Susah

Normal sangat bila kita putus cinta, kita rasa pedih, sakit, nak meroyan dan sebagainya. Kita tercari cari macam mana cara cara yang berkesan dan bernas untuk move on.

Move on. Senang cakap Move On tu, tapi tak senang untuk buat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Selama 24 tahun aku hidup ni, macam macam pengalaman cinta monyet aku hadapi. Tak kira lah pengalaman sendiri, dan pengalaman cinta monyet yang di lalui oleh rakan rakan.

Dulu, kalau kawan kawan cakap dia dah break up, mesti ayat normal yang aku akan keluarkan adalah :-
“Move on je lah babe, kau hadap lagi jantan macam gitu buat apa! Kalau dia sayang kau, dia tak tinggalkan kau pun. Suka suka je buat perangai macam tu. Ingat kau tak ada perasaan ker?!”

Itu adalah, ayat yang normal. Bukan aku saja yang cakap, jika kawan aku tu ngadu kepada 13 orang, maka dia akan dengar 13 jawapan yang mungkin berbeza susunan ayat namun, lebih kurang maksudnya.

Lepas tu, aku buat eksperimen. Contoh aku bagi satu pengalaman aku dengan kawan aku yang aku namakan dia sebagai Anje.

Anje putus cinta. Kes yang agak complicated. Compliacated sebab Anje punya boipen punya ex-gelpen datang balik. Merayu rayu dan lain lain.
Jadi, dia pun sedih lah. Mengadu kat aku dan sebagainya. Macam biasa, aku akan bagi nasihat so-called-nasihat padahal aku rasa, makin stress budak tu ada lah.

Nasihat yang dimaksudkan misalnya :-

“Kau move je la, buat apa kau tunggu dia lagi. Dia entah entah ketawa ketawa dengan perempuan tu. Tak guna kau bersedih hiba macam ni. Life kau masih panjang. Banyak lagi lelaki dekat luar sana. Pilih jer. Orang yang tinggalkan kau ni, sebenarnya, tak bersyukur. Dapat perempuan macam kau, bla bla bla~ perempuan tu juga yang dia nak. Perempuan physco bla bla bla~~~”

Kerat jari kalau dia bebetul move on setelah kau cakap macam tu. Percayalah. Sekurang kurangnya, 3 minggu juga dia ambil masa untuk senyum dan ketawa balik. Untuk move on mungkin makan bertahun lamanya. Depends.

Jadi aku hadapinya sendiri. Contohnya masa aku tak jadi kahwin 4 tahun lalu. Puas lah kawan kawan aku ni so-called-nasihat kan aku untuk move on. Sebab kes aku lelaki tu pukul aku. Jadi aku dengar banyak ayat seperti :-

“Dah lah, kau tak payah ingat dia lagi lah. Dia pukul kau tau tak! Lelaki tu mana layak dijadikan suami? Kau nak ke kalau kau kahwin dengan dia kau kena lagi teruk? Aku tak percaya dengan lelaki macam tu! Move on jer lah!”

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Sebab masa tu, otak kau tgh berserabut. Kau mengadu untuk luahkan segalanya. Kalau setakat suruh move on tu, kau pun akan fikir sendiri. Macam aku cakap kat atas tadi. Move on. cakap senang. nak buat tu payah! Aku memag tak tau cara untuk move on! Aku buat perkara yang tak elok, itu cara untuk move on? TIDAK.
Cakap Move On Itu Mudah, Nak Lakukan Yang Susah Cakap Move On Itu Mudah, Nak Lakukan Yang Susah Reviewed by Bukan Cincai on 16:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.